Jom Amalkan Gaya Hidup Sihat

Saya terpanggil untuk membuat blog nadmwp ini khusus untuk memberikan pendedahan kepada betapa pentingnya penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian kita. Amalan gaya hidup sihat adalah antara perkara yang penting yang perlu untuk dititik beratkan dalam kehidupan seharian kita terutama kalau berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam.

Menjaga kesihatan penting atau tidak? Tak perlu untuk tanya soalan ini kerana semua orang tahu betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan daripada melakukan sebarang aktiviti yang tidak diingini. Siapa yang mahu pada usia yang muda dalam lingkungan 30 an, sudah ada penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan lain-lain lagi. Untuk mengelakkan perkara ini, memang penjagaan kesihatan adalah perkara yang penting.

Tips Satu Jaga Pemakanan

Makanan adalah antara faktor penting dalam penjagaan kesihatan. Makanan anda menentukan apa yang bakal terjadi kepada diri anda. Antara faktor yang penting adalah untuk mengawal pemakanan daripada memakan makanan yang berlemak dan tinggi kolesterol. Dari segi minuman pula, elakkan daripada minum air yang berkaorbonat dan mempunyai kandungan gula yang teramat tinggi.

Jika anda menjaga pemakanan anda, insyaAllah, kesihatan anda akan terjamin. Juga amalkan pemakanan yang sihat untuk diet yang seimbang dan berkesan.

Senaman

Senaman pun adalah antara faktor terpenting dalam kehidupan seharian kita. Rajin bersenam, insyaAllah akan memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Lagi banyak senaman yang kita lakukan atau konsisten, memberikan impak dan kesan yang positif kepada badan. Cuba untuk konsisten 2 kali seminggu pun sudah OK kalau anda terlalu sibuk di tempat kerja.

Apapun, mula dari sekarang untuk kesihatan yang baik dan berkesan. Jom amalkan gaya hidup sihat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *